Thursday, July 9, 2009

Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam 3 kali ke-3 Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2009

Pada 23 hingga 26 Jun 2009 yang lalu, Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak (JPA3) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Negeri Sarawak telah menganjurkan Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Malaysia peringkat Negeri Sarawak buat kali yang ke-3. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini, telah diadakan di Pusat Kokurikulum Santubong.

Seramai 12 sekolah dari seluruh Negeri Sarawak telah menghantar pasukan masing-masing untuk menyertai Perkhemahan tersebut. Persatuan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) SMK Jalan Arang telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 22 orang ahli (21 anggota & 1 Ketua Platun) menyertai Perkhemahan tersebut. KPA SMKJA dengan bangganya telah dijemput untuk mempersembahkan Kawad Formasi semasa Majlis Perasmian Perkhemahan.


-->> Wakil-wakil dari KAPA SMKJA yang diketuai oleh Marriane Gapap.

Pelbagai aktiviti telah direncanakan dalam program ini termasuklah pertandingan, program kerohanian serta program integrasi dan perpaduan.
Antara acara pertandingan yang dijalankan ialah :
1. Kawad Kaki
2. Menyelamat
3. Melawan Kebakaran
4. Perawatan Kecemasan
5. Sketsa Kebudayaan
Pertandingan-pertandingan telah ditanding pada sepanjang hari ke-2 dan pagi hari ke-3.


video


Program Integrasi bermula pada hari ketiga perkhemahan, iaitu selepas selesainya pertandingan Melawan Kebakaran pada pagi tersebut.Peserta-peserta perkhemahan telah dibahagi kepada beberapa kumpulan semasa menjalankan program integrasi. Dengan ini, anggota kadet dari seluruh negeri Sarawak dapat berkenalan antara satu sama lain di samping mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan.

-->> Anggota kadet berkumpul di tapak perhimpuanan mengikut kumpulan masing-masing.








-->> Terowong gelap


-->> Tarzan Swing


















Selepas program integrasi selesai dijalankan, anggota kadet pun bersedia untuk raptai Majils Penutupan yang akan berlangsung keesokkan hari.
Semua yang terlibat dalam perkhemahan tersebut, termasuk pengetua-pengetua dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian telah dijemput untuk menikmati jamuan makan malam yang berlangsung pada malam hari ke -3.


-->> Puan Seriah (Ketua Guru Penasihat KAPA SMKJA)


-->> Cikgu Chong Choon Jan (Guru Penasihat KAPA SMKJA)


-->> Persembahan tarian semasa Majlis Makan Malam

Majlis Penutupan Rasmi telah berlangsung pada 26 Jun 2009.




-->> Barisan dari SMKJA.





















-->> Guru-guru Pengiring SMKJA (Cikgu Rozaiman, Cikgu Seriah, Cikgu Chong)


-->> Pasukan Melawan Kebakaran KAPA SMKJA yang terdiri dairpada 6 anggota iaitu Mohd. Shafiee selaku ketua pasukan, Mcclair, Christopher, Bryly, Natasha dan Marriane.










Dalam perkhemahan tersebut, KAPA SMKJA telah mendapat :
1. Naib Johan dalam Pertandingan Pertolongan Kecemasan (Caroline selaku ketua pasukan, Nirvaniatasha, Emilia, Juniter dan Ellisa)
2. Tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki
3. Ketua Platun SMKJA, Marriane telah dianugerah sebagai Peserta Wanita Terbaik.

3 orang anggota kadet dari SMKJA, iaitu Marriane, Caroline dan Juniter telah dipilih untuk mewakili Negeri tercinta, iaitu Negeri Sarawak ke Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 yang akan berlangsuang pada 19-25 Julai 2009 di Kem Pengakap Bukit Katil,Melaka.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua wakil sekolah.

No comments: