Tuesday, June 24, 2008

Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam 3 kali ke-7 Peringkat Kebangsaan 2008

Pada 15 hingga 21 Jun yang lalu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Malaysia peringkat kebangsaan buat kali yang ke-7. Program yang berlangsung selama seminggu ini, telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Shamsul Kahar bin Mohd Deli, Pengerusi Bertindak Pelajaran Dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, wakil kepada YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj. Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.






















Pelbagai aktiviti telah direncanakan dalam program ini termasuklah pertandingan, program kerohanian serta program integrasi dan perpaduan. Antara acara pertandingan yang dijalankan ialah Kawad Kaki, Menyelamat, Melawan Kebakaran, Perawatan Kecemasan, Sketsa Kebudayaan, dan juga kawasan perkhemahan terbaik. Program ini juga dilengkapkan dengan program kerohanian seperti Forum Remaja, Refleksi Mental, Kuliah Subuh dan Maghrib serta Motivasi. Selain dari pertandingan dan program kerohanian, program yang menyemai semangat integrasi dan perpaduan juga telah dilaksanakan dalam bentuk riadah dan santai. Antaranya ialah mendaki Gunung Angsi, flying fox, abseiling, water confident, permainan polo air, program khidmat masyarakat, lawatan, pameran, dan juga persembahan muzik tradisional (Caklempong). Dengan menjalani program seumpama ini, anggota kadet seluruh Malaysia dapat berkenalan antara satu sama lain disamping mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan.


Aktiviti-aktiviti~

Water Confident


Water Confident


River Crossing


Khidmat Masyarakat


Permainan Pola Air


Mendaki Gunung


Flying Fox


Persembahan Muzik Tradisional


Abseiling

Pertandingan-pertandingan~
Pertandingan Kawad Kaki


Platun Negeri Sarawak~






Pertandingan Melawan Kebakaran














Pertandingan Menyelamat

Pasukan Negeri Sarawak








Pasukan Negeri Sarawak













Pertandingan Perawatan Kecemasan

Pasukan Negeri Sarawak








Pasukan Negeri Sarawak






Pertandingan Sketsa Kebudayaan

Pasukan Negeri Sarawak









Antara matlamat utama perkhemahan ini ialah memberi pendedahan yang lebih luas mengenai aktiviti-aktiviti Pertahanan Awam serta mewujudkan nilai integrasi bagi mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan anggota kadet. Selain itu, ia juga dapat melahirkan anggota kadet yang berilmu, berpengetahuan, berdisiplin, berketerampilan dan sanggup berkorban untuk kemajuan bangsa dan Negara. Secara keseluruhan, program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan matlamat utamanya telah tercapai. Apa yang lebih membanggakan, anggota-anggota kadet menyatakan rasa gembira dan bangga kerana diberi peluang menyertai perkhemahan integrasi ini. Semoga dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari dalam perkhemahan ini akan digunakan dengan sebaik mungkin.




Negeri Sarawak telah menghantar 1 kontinjen yang terdiri daripada 1 orang ketua kontinjen, 4 orang guru pengiring, 3 orang pegawai JPA3 dan 34 orang kadet untuk menyertai perkhemahan tersebut.










Pasukan Kawad Kaki Kontinjen Sarawak








Tapak Perkhemahan Negeri Sarawak


Kenangan di Kem Tentera, Negeri Sembilan
Kenangan bersama di Kota dan Muzium Lukut




Wakil dari SMKJA mengambil gambar di Kem Tentera

Majlis Makan Malan


Cikgu Seriah~

Majlis penutupan rasmi pula berlangsung pada 21 Jun 2008 dan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia.





















~Sayonara~

No comments: