Wednesday, July 23, 2008

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform SMK JA kali ke-4

Pada 18-20 Julai 2008, SMKJA telah menganjurkan Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform SMKJA buat Kali Ke-4 di Pusat Kokurikulum, Santubong.
Persatuan Kadet Pertahanan Awam SMKJA telah menghantar sepasukan sebanyak 30 orang anggota menyertai perkhemahan tersebut.
Pelbagai aktiviti integrasi telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut. Pada malam pertama, peserta yang menyertai perkhemahan tersebut telah dibahagi kepada 10 kumpulan. Setiap Patrol dibimbing oleh seorang guru.

Sesampai di Kem Santubong, semua peserta berkumpul di dewan makan.




Aktiviti pada malam pertama ialah pecah bendung yang dikendalikan oleh guru kaunseling iaitu cikgu Robert.


Peserta-peserta sedang mendirikan khemah..


Pada malam pertama, setiap patrol bergilir-gilir meronda pada waktu malam. Pada keesokan hari, semua peserta berkumpul untuk membuat senaman.

Senamam pagi bersama cikgu Rozaiman.

Selepas senamam pagi,Patrol 6-10 telah mendaki gunung santubong dan memasak di rimba. Pada sebelah petang pula aktiviti abseiling dijalankan.

Perjalanan ke Gunung Santubong.


Patrol 6 berjaya memasak mi maggi di dalam hutan.


Budak KPA berjaya memanjat sampai ke atas puncak gunung..

Pada waktu malam, semua peserta berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah. Selepas ceramah tersebut, mulalah Malam Uji Bakat. Pertandingan ini dibahagi kepada 2 kategori, iaitu antara patrol dan antara individu. Cikgu Yeo telah mewakili PBSM menyertai pertandingan tersebut. Cikgu Seriah juga telah menyanyikan sebuah lagu.

Malam tersebut, hujan turun dengan lebat. Khemah peserta basah dibanjiri air hujan.
Pada keesokan hari selepas senaman pagi dan makan pagi, semua peserta pun menuju ke pantai untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti yang pertama ialah Petak Bom. Selepas itu, pertandingan membina istana pasir antara patrol diadakan.



Mendirikan istana pasir


Johan Pertandingan Membina Istana Pasir





Ready.. GO!!!
Semua peserta balik ke tapak khemah masing-masing untuk mengemaskan barang dan mengemaskan diri dan bersedia untuk Majlis Penutupan.
Sayonara, sayonara.........................


C Sulaiman : Mari, mari. Ambil gambar aku yang kacak!! xD
(p/s : Cikgu Sulaiman, jangan marah ya =P)

No comments: