Sunday, May 18, 2008

Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2008

Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri Sarawak tahun 2008 telah diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Santubong pada 12 - 15 Mei 2008.
Sekolah-sekolah di negeri Sarawak telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.
Pasukan SMKJA telah menghantar seramai 30 orang ahli untuk menyertai perkhemahan ini.
Budak-budak KPA SMKJA sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada masa tersebut.


Pada waktu tengah hari, semua kadet PA dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian telah pun sampai di tapak perkhemahan. Selepas diberi taklimat, mereka mendirikan khemah.


Budak KPA SMKJA sedang menunjuk cara memasang khemah.

Selepas mendirikan khemah, kadet-kadet pun mengemaskan diri dan barang-barang mereka dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Selepas makan malam, taklimat ringkas telah diberi oleh Kem Kom, iaitu Kapten Khairul. Selepas taklimat ringkas, mulalah aktiviti integrasi secara berkumpulan. Semua kadet dari pelbagai sekolah telah dibahagi kepada 3 kumpulan.
  • Kumpulan Helang
  • Kumpulan Dolphin
  • Kumpulan Singa
Aktiviti yang pertama dijalankan ialah Pecah Bendul.


kadet-kadet sedang berbincang untuk mencipta LOGO kumpulan....

Kumpulan Singa 'explain' logo mereka.
Selepas aktiviti pecah bendul, kadet-kadet pun balik ke khemah untuk tidur.
Petandingan telah bermula pada hari kedua.
Antara acara yang dipertandingkan ialah :
  • Kawad Kaki
  • Menyelamat
  • Melawan Kebakaran
  • Rawatan Awal
  • Sketsa Kebudayaan.

Pasukan SMK Teknik, Bintulu.
Pasukan SMK Sg Merah, Sibu


Pasukan SMK Jalan Arang , Kuching.


Pasukan SMK Asajaya, Kota Samarahan.


Pasukan dari SMK Muara Tuang, Kota Samarahan.


Para pengadil sedang membincang...
Kapten Khairul, Tuan Mahatir, Tuan Azizan, Tuan Hairuddin
dan En. Mohd. Noor.


Pertandingan Menyelamat sedang berlangsung.
Pasukan SMK Asajaya.

Pada waktu malam, pertandingan Sketsa kebudayaan berlangsung.

Pertandingan Sketsa Kebudayaan SMKJA.


Sukaneka telah dijalankan pada hari ke-3.




Pemilihan terakhir~



Bersama Tuan Azizan


Adeline dan Chiong Kee dengan Puan Rahebah,
jurulatih KPA SMKJA.

Cikgu Sulaiman : Ambillah gambar dengan saya~


Pasukan Melawan Kebakaran dengan Cikgu Seriah.


Christopher selaku Penghulu dan anak buahnya.







Wah! Siapa ni? Letih betul?


Bersama Cikgu Jasni

Majlis Makan malam, Kadet-kadet SMKJA berpoco-poco,
pegawai-pegawai JPA ikut serta, dan juga Cikgu Apo.
Meriah betul... Mari berjoget...


Sijil Penyertaan dan hadiah-hadiah yang dimenangi.



Tempat Kedua dalam pertandingan Sketsa Kebudayaan.
Tempat Ketiga dalam pertandingan Kawad Kaki.

Perkhemahan yang berlangsung selama 4 hari diakhiri dengan nyanyain Sayonara.

Sayonara, sayonara, sampai berjumpa lagi...


Keputusan Pertandingan :
Johan Pertandingan Kawad Kaki - SMK Muara Tuang
Johan Pertandingan Menyelamat - SMK AsaJaya
Johan Pertandingan Sketsa Kebudayaan - SMK Asajaya
Johan Pertandingan Rawatan Awal -
Johan Pertandingan Melawan Kebakaran -
Peserta Lelaki Terbaik - Mohd. Firdaus (SMK Muara Tuang)
Peserta Wanita Terbaik - Evon Lim (SMK Jalan Arang )
Johan Keseluruhan - SMK Asajaya



6 orang budak SMK JA dipilih untuk mewakili negeri Sarawak ke Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam 3 Malaysia tahun 2008 di Kem Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Sayonara~ Sayonara~

Thank you very much.

No comments: