Tuesday, July 17, 2007

Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam 3 Malaysia tahun 2007

Pada 9 hingga 15 Julai 2007, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis telah
menganjurkan Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Malaysia peringkat
kebangsaan buat kali yang ke-6. Program ini berlangsung selama seminggu bertempat di Kem Tasoh, Negeri Perlis.

Kontinjen Sarawak telah menghantar seramai 33 orang kadet, 4 orang pegawai, dan 3 orang guru penasihat persatuan.

Anggota Kadet Pertahanan Awam Negeri Sarawak telah sampai di Kem Tasoh sehari sebelum hari perasmian.
Seawal 3 pagi semua kadet, termasuk guru penasihat terpaksa bangun dan bersedia untuk berkumpul di sekolah.
Jabatan PA telah menghantar kenderaan untuk menghantar kadet-kadet ke lapangan terbang.
Seawal 4 pagi, truk PA telah bertolak dari sekolah masing-masing ke lapangan terbang.
Selepas check-in di kaunter, kadet-kadet telah masuk ke dalam kapal terbang dan mulalah masa untuk tidur.............................
Selepas sampai di KLIA, kadet-kadet telah dijemput oleh bas yang dihantar oleh pihak JPA.
Di dalam bas, sambung lagi, tidur...................................................................

Selepas Majlis Perasmian, pertandingan pun mula.
Pertandingan yang pertama dipertandingkan ialah Pertandingan Kawad Kaki.
Kontinjen Sarawak yang sangat "bertuah" merupakan pasukan pertama yang bertanding... (nasiblah..)
Semua wakil nervous sekali... (Termasuk jurulatih?Mungkin juga...)

Antara acara pertandingan yang dijalankan ialah Kawad Kaki, Menyelamat, Melawan Kebakaran, Perawatan Kecemasan dan Sketsa Kebudayaan.

Antara aktiviti integrasi yang dijalankan :

  • Flying Fox
  • Abselling
  • Lawatan
  • Sukaneka







Pasukan sedang berdaftar dgn Urusetia pertandingan.










Masa pertandingan...

Perlahan jalan






Pasukan Melawan Kebakaran Negeri Sarawak.





Ada juga monyet yang datang kem... Bahaya!!





Wakil-wakil sketsa kebudayaan...


Majlis Penutupan...

Gambar kenangan dengan ahli pasukan di KLIA!!!

Kadet-kadet SMKJA dengan Cikgu Aziz(guru SMK Muara Tuang)
Kadet-kadet SMK Muara Tuang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sayonara, sayonara..............




http://www.civildefence.gov.my/perkhemahankadet.htm


No comments: