Friday, June 13, 2008

Latihan Intensif 2008

Sebagai persediaan untuk menyertai Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam 3 peringkat Kebangsaan tahun 2008 di Kem Ulu Bendul, Negeri Sembilan, latihan intensif selama 3 hari telah dijalankan di SMK Muara Tuang. Latihan bermula dari pukul 8 pagi hingga waktu malam.
Kadet-kadet yang dipilih diwajibkan untuk menghadiri latihan ini.
Kadet dari Bintulu dan SMK Asajaya telah berkumpul dan bermalam di asrama SMK Muara Tuang untuk memudahkan latihan Sketsa Kebudayaan yang berlangsung pada waktu malam.




Sedia Pantas Integriti

No comments: