Wednesday, June 11, 2008

Syarat-syarat pertandingan menyelamat

Syarat-syarat pertandingan menyelamat

A. Penyertaan

1. Terbuka kepada semua negeri yang menyertai Perkhemahan Integrasi Kadet Peringkat Kebangsaan 2008.
2. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja untuk bertanding. Setiap pasukan terdiri dari tujuh (7) anggota kadet lelaki sahaja.
3. Borang penyertaan pertandingan hendaklah menggunakan borang sepertimana di Lampiran A. Borang penyertaan hendaklah diserahakan kepada Jawatankuasa Pertandingan selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum pertandingan dimulakan.
4. Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap kecergasan yang baik dan tidak mengalami apa-apa penyakit yang berbahaya.
5. Pakaian bagi pertandingan adalah pakaian operasi No. 4.
6. Keputusan pengadil bagi pertandingan ini adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

B. Jangkamasa Pertandingan

1. Pemenang adalah dikira berdasarkan kepada masa terpantas
2. Masa adalah dikira pada wisel pertama dibunyikan dan ditamatkan pada wisel yang kedua.
3. Kesalahan bagi setiap halangan akan dikira penalti iaitu penambahan masa bergantung kepada kesalahan minor atau major.

C. Pelaksanaan Pertandingan dan Peralatan

1. Peserta mestilah melaporkan diri lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan. Kegagalan melapor akan menyebabkan penyertaan pasukan tersebut dibatalkan.
2. Setiap pasukan yang mengambil bahagian adalah dikehendaki mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan tanpa gagal khasnya yang melibatkan keselamatan.
3. Setiap pasukan yang bertanding diminta untuk membawa peralatan sendiri seperti strecher MK II , selimut, tali karmental atau belati 40 kaki, kain anduh, cervical collar, peti pertolongan cemas, safety halmet dan gloves.
4. Setiap pasukan yang terlibat perlu menamatkan semua proses pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
5. Mangsa bagi pertandingan ini telah ditetapkan iaitu satu (1) patung sahaja. Disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
6. Setiap pasukan akan diketuai oleh seorang (1) ketua dan enam (6) ahli.
7. Setiap ahli kumpulan dikehendaki memakai armband. Tanda pengenalan ini akan disediakan oleh Pejabat Pertahanan Awam Negeri masing-masing.
a) Warna kain : Biru
b) Lebar kain : 6 cm
c) Ukuran bentuk huruf : 1 cm / warna putih

PERLIS (PRLS)
PULAU PINANG(PP)
KEDAH (KDH)
PERAK (PRK)
SELANGOR (SLGR)
MELAKA (MLK)
NEGERI SEMBILAN (NS)
JOHOR (JHR)
PAHANG (PHG)
KELANTAN (KLTN)
TERENGGANU (TRG)
SARAWAK (SRWK)
SABAH (SBH)
PUTRAJAYA (PJ)
KUALA LUMPUR (KL)
LABUAN (LAB)

8. Pasukan yang bertanding dikehendaki melalui halangan satu (1) hingga halangan sepuluh (10)
9. Anggota pasukan perlu membuat rawatan bagi kecedaraan luka pendarahan di lengan kanan, luka pada dahi sebelah kiri dan kepatahan tertutup di tulang peha kanan. Mangsa adalah dalam keadaan separuh sedar.
10. Tempat bermula dan tempat tamat akan diletakan tag berupa ’MULA’ dan ’TAMAT’
11. Gambarajah bagi setiap halangan adalah seperti di lampiran B.

D. Tindakan Penyelamat

1. Laksanakan protokol dan rawatan mengikut pertolongan cemas.
2. Mengangkat mangsa ke atas usungan mengikut tatacara penyelamat.
3. Menyelimut dan mengikat mangsa di usungan mengikut tatacara penyelamat.
4. Cara membawa mangsa melalui halangan mengikut tatacara penyelamat.

E. Gerak Kerja

1. Peserta bersedia di garisan permulaan bersama peralatan.
2. Peserta Pertandingan melapur kepada pengadil.
3. Wisel dibunyikan oleh pengadil masa.
4. Semua peserta bergerak ke peralatan dan mengambil peralatan serta bergerak melalui halangan 1 hingga halangan 5 sambil membawa peralatan.. Peserta mengambil tindakan sewajarnya apabila menemui mangsa, mengikut kecederaan yang di tagkan kepada mangsa.(Tindakan rawatan dan mengikat mangsa pada strecher )
5. Peserta mengambil tindakan memindahkan mangsa melalui halangan 6 hingga melepasi halangan 10 yang merupakan garisan penamat.

F. Sistem Pemarkahan

1. Pemarkahan adalah berdasarkan masa yang di perolehi dan penalti yang diterima bagi sesebuah pasukan tersebut.
2. Bagi major penalti masa akan dikenakan sebanyak penambahan 30 saat manakala bagi minor penalti akan dikenakan penambahan sebanyak 15 saat.
3. Pasukan yang mendapat masa yang terpantas dengan kadar penalti yang terkurang akan diistiharkan sebagai pemenang.
4. Keputusan pengadil adalah muktamad.

G. Pengadil

1. Pengadil adalah terdiri dari 5 pegawai yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.
2. Pengadil merupakan pegawai Akademi Latihan Pertahanan Awam yang telah dilantik


No comments: