Wednesday, June 11, 2008

Syarat-syarat Pertandingan Kawat Kaki

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada semua negeri yang menyertai Perkhemahan Integrasi Kadet Peringkat Kebangsaan 2008.
  2. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar dua (2) pasukan kadet sahaja untuk bertanding. Setiap pasukan dianggotai seramai 31 orang anggota kadet termasuk seorang Ketua Platun. Dua pasukan tersebut adalah satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan.
  3. Penyertaan mestilah melibatkan dari gabungan sekolah Negeri masing-masing adalah amat digalakkan bagi tujuan integrasi (Pemarkahan integrasi diambil kira).
  4. Borang penyertaaan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan selewat-lewatnya 1 jam sebelum pertandingan bermula.

2. PAKAIAN

  1. Memakai uniform lengkap Pertahanan Awam No 4 & No 3 (tanpa aksesori tambahan).
  2. Pemeriksaan pakaian akan diadakan sebelum pertandingan bermula.
  3. Ketua Platun dikehendaki memakai selempang oren.
  4. Peserta lelaki memakai baju berlengan pendek dan ”tuck in”.
  5. Peserta perempuan memakai baju berlengan panjang dengan baju keluar.
  6. Peserta wanita yang memakai tudung hendaklah berwarna hitam, kain tudung dimasukkan kedalam kolar baju.
  7. Bagi peserta wanita yang tidak bertudung serta mempunyai rambut yang panjang dan mencecah bahu hendaklah disanggul kemas /sarung sanggul berwarna hitam.
  8. Keseragaman pada pemakaian anggota yang berkawad amat dititikberatkan semasa pemarkahan pada peringkat persediaan.

3. JANGKAMASA PERTANDINGAN

  1. Masa persembahan bagi setiap pasukan adalah 10 minit.
  2. Markah tidak akan diberikan sekiranya persembahan melepasi had masa yang diberikan
  3. Masa persembahan akan bermula selepas Ketua Platun melapor diri kepada Ketua Hakim

4. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

  1. Platun masuk ke Padang Kawad dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan Ketua Hakim/ Pengadil Padang.
  2. Ketua Platun melapor (masa mula diambilkira).
  3. Ketua perbarisan akan diberi masa 10 minit untuk menghabiskan semua bahasa hukuman/pergerakan kawad.
  4. Sekiranya ketua perbarisan menambah atau mengurangkan bahasa hukuman kawad seperti yang ditetapkan maka pemotongan markah akan ditetapkan. Lampiran 1 Sistem Pemarkahan.
  5. Bahasa Hukuman(Pergerakan) rujuk Lampiran 2.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Peserta mestilah ahli pasukan kadet yang telah didaftarkan di sekolah.

2. Kekuatan peserta kawad tidak boleh kurang seperti yang ditetapkan, sekiranya berlaku kekurangan pemotongan markah akan dibuat. Seorang peserta akan ditolak 5 markah.

3. Peserta mestilah melapor diri 15 minit sebelum pertandingan dimulakan sebagaimana yang ditetapkan.

4. Pemeriksaan pakaian akan dilakukan sebelum pertandingan bermula.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad. Mana-mana pasukan yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan kepada Juri Rayuan 30 minit selepas selesai pertandingan dengan dikenakan wang pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).

6. Senarai nama peserta hendaklah didaftarkan di dalam borang yang akan disediakan.

7. Bahasa Hukuman (pergerakan) kawad seperti Lampiran 2.


LAMPIRAN 1. Sistem Pemarkahan

a. Persediaan ( 25 markah )

· Pakaian lengkap 10 markah

· Kekemasan dan keseragaman 10 markah

· Integrasi 5 markah*

*Keterangan :

Komposisi Dalam 1 Platun (INTEGRASI)

Markah

Penglibatan 3 atau lebih buah sekolah

5 markah

Penglibatan 2 buah sekolah

4 markah

Penglibatan 1 buah sekolah

3 markah

b. Pergerakan ( 50 markah )

· Kecergasan berkawad 10 markah

· Keseragaman 40 markah

c. Ketua Platun ( 25 markah )

· Kawad persendirian 5 markah

· Bahasa Hukuman 5 markah

· Kawalan platun 10 markah

· Nada suara 5 markah

Jumlah markah 100 markah

d. Markah akan dipotong pada setiap kesalahan yang dilakukan

· Seorang atau dua yang anggota membuat kesalahan 1 markah

· Lebih dari tiga orang membuat kesalahan 2 markah

· Kekurangan anggota dalam platun 5 markah

· Menambah atau mengurangkan bahasa hukuman kawat

seperti yang telah ditetapkan 5 markah

Ø Kekurangan disebabkan anggota jatuh

· Setiap seorang 1 markah

· Tiga atau lebih 4 markah

***Keputusan pengadil adalah muktamad


No comments: